Wednesday, 13 June 2018

[AishaBestShop] Alat Buat Butang Kain

Ramai mengadu keliru tentang mesin dan acuan butang. Sebab banyak sangat!

Baiklah, bagi mengurangkan kekusutan yang terbuku di hati korang Kak Iqa nak sharing jenis – jenis mesin butang dan acuan yang ada.

Kalau ada masa, insyaAllah Kak Iqa akan buat video pula ok?


Ada 2 jenis mesin butang. Mesin Butang Bungkus dan Mesin Snap.
Untuk hari ini kita focus pada Mesin Butang Bungkus.

Butang ni ada juga panggil butang balut atau butang kain. Sebelum pergi pada cara penggunaan, kita kenali dulu bahagian- bahagian pada mesin butang bungkus ini

1. Mesin
Biasa yang terdapat dipasaran berwarna merah. Menggunakan kaedah pusing.
Ada juga warna lain seperti hijau, emas dan sebagainya. Tapi jarang jumpa di pasaran.

Mesin [MERAH] ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Kak Iqa terangkan secara ringkat sedikit supaya senang nak faham. Setiap bahagian ini boleh dibuka-pasang.


Bahagian
1. Tapak
2. Badan
3. Pemusing
4. Rod penekan

Tapak: Bahagian tapak ada lubang supaya korang boleh attach atas meja dengan skru. Kalua Kak Iqa suka lagi biarkan tanpa skru. Senang nak pindah- pindah.

Badan: Korang boleh laras ketinggian mesin. Kadang rod penekan dan tapak terlalu jauh. Kalau malas nak laras sebab kena longgar dan ketat kan skru bagai, biasa Kak Iqa alas sahaja dengan buku tebal.

Pemusing:
Sebagai medium untuk menekan Rod Penekan, kemudian Rod Penekan akan menekan acuan butang.

Rod Penekan:

Untuk menekan acuan butang bungkus. Istimewa mesin butang bungkus merah ini mempunyai fungsi seperti Mesin Snap. Rod penekan boleh dicabut dan tukar. Dan dimasukkan acuan butang snap. 

2. Mould (acuan)

Acuan terdiri dari pelbagai saiz bergantung pada penggunaan masing- masing. Saiz yang sering digunakan untuk pakaian adalah 24L dan 28L, langsir 60L.

Saiz (24L,28L dll) yang tertera bukan menunjukkan saiz dalam sentimeter. Table di bawah untuk memudahkan anda merujuk saiz sebenar dalam sentimeter. Kadang pengguna sering membandingkan saiz dengan duit syiling.

Saiz Butang Balut perbandingan duit syiling :
5sen size - 24L, 10sen - 28L, 20sen - 32L, 50sen lama - 40L.
BUTANG KAIN - AISHABESTSHOP


3. Butang

Terbahagi pada 2 bahagian. (Atas - Bawah)

Atas : 
a) leper
b) cendawan

Bawah : 
a) flat base - permukaan rata
b) pin - ada pin di bahagian belakang
c) suture - ada lubang untuk jahit pada fabric (biasa dipakai)

Banyak kegunaan Butang Bungkus terutama dalam industri textile dan kraftangan. Kak Iqa share sikit antara contoh kegunaan Butang Bungkus ni.
[gambar ihsan Google]







Cantikkan?

Klik disini untuk tonton video Tutorial Penggunaan Mesin Butang Bungkus

Ni contoh Pakej yang ada di Pakar Butang


Untuk tempahan mesin, whatsap / hubungi Kak Iqa! 011-10727997
atau..

Layari laman web Pakarbutang.com 

atau 

Pembelian di Shopee (KLIK SINI)


atau

Customer Service  Pakar Butang
011-10511797 
Penghantaran seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak
PERCUMA 50pcs Butang..